Monday, May 23, 2011

Impian jadi REALITI

Tanggal 16.5.2011, pada jam 1205tengahari aku terima panggilan dari perodua mengenai kereta yang aku order..Sebenarnya, dalam dua minggu lepas aku usahakan untuk membeli kereta idaman aku..tapi proses die byk..cz aku buat full loan, bank islam perlu interview aku secukupnya untuk memastikan aku layak membuat loan..kerja pn baru sebulan..hehe..



Tapi yang pastinya tanggal 16.5.2011 pada jam 800mlm aku pergi mengambil kereta aku yang sudah siap untuk diberi kepada aku..Kedai perodua di seksyen 3,sebelah giant menjadi saksinya dan SI DIA juga turut serta menyaksikan saat kegembiraan aku ini.

Dalam pada masa itu, aku pn pergi la bersama si dia untuk mengambil kereta..sampai je di luar kawasan kedai aku dah nampak sebuah kereta idaman aku..aku pn masuk ke dalam kedai dan berjumpa dgn salesman yg jual kepada aku..Dia lah terangkan apa yang patut dan apa yang tak patut..sekeliling kereta aku pusing.. :) Pada jam 900 mlm aku pn bertolak ke sg buloh dengan hati gembira sebab aku perlu hantar kereta ke rumah aku. Tak berani nak simpan kat kawasan Shah Alam..Lagi pn kawan-kawan terdekat sume tak tahu aku beli kereta..Aku tak nak heboh-heboh..Yang penting aku puas dan gembira yang aku memiliki BABY baru dari penat lelah aku sendiri..

Walaupun aku buat full loan, tapi rm1ooo jugak habis aku keluarkan..beli no. plat dah rm500... no plat sempena harijadi aku 1 julai 87 : 1787

Aku mengambil kesempatan ini bersyukur kepadaMu YA ALLAH atas peluang dan rezeki yang ENGKAU berikan..TERIMA KASIH dan ALHAMDULILLAH :)

Tuesday, March 29, 2011

Al-Kisah Myvi 2011

Untuk semua peminat Myvi....Ha ni die..keluaran myvi yang terbaru...ni mungkin myvi se untuk keluaran yang ke3..cz myvi se sudah ada dua keluaran..so yg ini adalah yang terbaru..Dengar-dengar dan pastinya myvi ini 1.5 :) so kita nantikan je la ye..dalam bulan 8 atau 9 nti perasmian kereta ni..

Ni antara gambar-gambar yang dapat di kongsi


:)

Thursday, March 24, 2011

Tawaran Kerja


Alhamdulillah..Aku bersyukur kepadamu Ya Allah atas rezeki dan peluang yang diberikan..Terima kasih atas doa-doa kalian yang pernah berdoa untuk ku..Sebenarnya last two week, aku ada interview untuk jawatan PRESS PHOTOGRAPHER, hendak dijadikan cerita jawapannya aku dapat hari ini..Jawapan yang membuat aku rasa aku bertuah jadi diri aku..aku sewajarnya rasa bersyukur..Aku telah ditawarkan pekerjaan ini, tetapi sebelum itu aku dikehendaki membuat Medical Check Up dulu..untuk memastikan aku sihat seluruh badan..hehe..

Untuk jelaskan lagi, aku sebenarnya dapat tawaran kerja di sebuah company yang aku sudah praktikal dulu di situ..Star Publication (M) Berhad.... :)

Aku memang tunggu peluang ini..Pada aku kerja lebih penting untuk menjaminkan masa depan..Aku pun sudah memiliki Degree...Cuma masalah sekarang, aku dalam proses untuk menamatkan pelajaran aku dalam Master..so tahun ni and next year aku kene betul2 straggle...

Bila sudah diberi peluang seperti ini..Mula lah aku terbayangkan Kereta idaman aku...Untuk bulan pertama memang aku target kereta..InsyaAllah..

Hendak kongsikan cerita..Dulu time aku praktikal di Star Publication, banyak gambar aku di PUBLISH kan..yang paling penting dan membuat aku rasa bangga dengan diri aku adalah aku dapat FRONTPAGE untuk paper tu..memang satu Malaysia pada hari itu gambar aku merata-rata tempat..Hasil karya aku dihargai..Alhamdulillah...

Thursday, March 17, 2011

Hari Ini 17 March 2011

Salam...Hari ini aku rase satu perjalanan yang PELBAGAI...nak tahu kenapa aku cakap pelbagai..hari ini, pagi-pagi lagi aku dah bergegas pergi ke Wisma Putra di belakang Dewan Bahasa dan Pustaka..Ada ambil gambar group Photo untuk pelajar di wisma putra tu..Job ni dari Abg Haris ( pengantin yang aku penah mengambil gambar beliau)..Aku bersama Dr. Tom dan Denge (like Ar. Badul) pergi la pagi2 ke tempat tu..sampai je masih awal lagi cz janji pukul 830 pagi baru nak ambil gambar..so kiteorang ambil peluang ni pergi lah makan di luar kawasan Wisma Putra tu..Makan nasi lemak, nasi lemak dia macam dekat kampung je rase cz keadaan kedai tu warung je yang berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur..

Selepas habis makan terus bergegas ke tempat mengambil gambar..Mula lah setting kerusi..setting flash..aku pn keluar lah camera aku..untuk backup camera denge..dan dapat lah aku hasilkan gambar aku sendiri..hehe.. :) Ada 5 group bertukar2 mengambil gambar..yang unikknya ada pelajar dari luar negara..macam pelajar Indon pn ada..pelajar Arab pn ada..pelajar yang berkulit gelap macam negro tu pn ada..yang molek2 pn ada...Snap..snap..snap..selesai sudah mengambil gambar..Slepas itu kiteorg pn pergi la makan rojak di pelusuk hutan mana entah..dalam Kuala Lumpur pn ada hutan..hehe..tapi rojak dia boleh tahan sedap..hehe.. :)

Nak jadikan cerita lagi...on the way kami pulang..Dr. Tom ajak pergi RTM, dia nak ambil jadual tugasan dia di RTM..Singgah la kami di RTM..Aku dan Denge pn ambil lah kesempatan jalan2 dalam RTM....tgk mcm mna siaran TV kerajaan menjalankan operasinya..Dlam sejam jugaklah duk kat RTM tu..

Selepas itu kami pn pulang..sebelum tu singgah la fakulti art n design di shah alam cz Denge nak buat surat kajian dia..aku pn ambil la kesempatan buat surat tu juugak..hehe...duk tak lama je kat fakulti..Dr. Mus pulak keluar..mcm sakit2..Dr. Mus ni Dekan fakulti art and design..Katanya tak sempat nak rest..tu yang angin naik kepala..jadi nak pitam..so kiteorg pn tolong la hantar Dr. Mus ke rumah naik kete Dr. Mus...Sambil tu..Dr. Amir iaitu pensyarah uitm kalau tak silap jawatan dia..hehe..dia follow dari belakang..tibanya je di rumah Dr. Mus, anak dan isteri dia sambil dia..kami pn tinggalkan kereta Dr. Mus dan tumpang kereta Dr. Amir pulang ke fakulti..

Masa tu dah pukul 12tghari..dari pagi tadi aku rasa macam2 tempat aku pergi..Hendak jadikan cerita, masih kami pulang dari Wisma Putra..Kami di tahan JPJ..lame jugak kene tahan..chek sane chek sini..huhu..

Dalam pukul 2lebih baru lah aku sampai kat umah sewa aku..huhu..penat rasenye badan..hehe...
Kesimpulannya..aku rase hari ini macam-macam aku dapat..Corak hidup seseorang sentiasa berjalan mewarnai hidup ini... :)

Hari Pertunangan Sahabatku

Salam..pada hujung minggu lepas..13 march 2011, seorang kawan aku telah bertuang..Hendak jadikan cerita, si kawan aku ni telah memanggil aku sebagai jurugambar dia..Bincang-bincang punya bincang..aku pn jadilah jurugambar majlis pertunangan dia..harga kawan-kawan..aku pn tak kisah sgt cz dia ni memang kawan aku..dari sekolah rendah lagi..tapi mcm biasa la..tak bercakap byk pn cz aku yang kurang ramah dengan kawan-kawan aku..Tapi kenangan tetap kenangan...perkenalan tetap perkenalan...sudah tak boleh ubah dah tu...

Pada hari berlangsungnya pertunangan dia,aku dalam pukul 11 pagi lebih baru sampai rumah dia..sebenarnya, sebelum pergi mengambil gambar,aku mesti set dah awal2 gambar yang mcm mana aku hendakkan..pose yang macam mna aku nak dia buatkan..Pada aku, gambar akan jadi cantik bila model di dalam gambar lawa..hehe..tu ada photographer cina time kerja The Star dulu ada cakap..bukan nak rendahkan insan yang kurang lawa..kita pn nak port folio yang bagus dan menarik..so pada aku, kawan aku ni boleh tahan jugak..kecik-kecik molek..boleh dijadikan model..so aku bik la kesempatan ni untuk aku dapatkan angle..gambar yang cantik untuk aku jadikan port folio aku...Terima kasih pada dia cz tawar aku jadi jurugambar dia...hehe...

Snap sana..snap sini sampai lah petang hari dalam pukul 4petang baru habis majlis pertunangan tu..Aku pun dah rase dapat dah apa yang aku hendakkan..tak sabar-sabar nak edit n touch up gambar-gambar yang aku ambil..Ni kawan aku..bukan apa,sebelum ni byk jugak pengantin yang aku dapat cantik-cantik..cuma kali ni nak tambah port folio lagi..hehe.. :)

Ni hasilnya...

Thursday, March 10, 2011

Aku di IPTA

Ini kisah aku di IPTA...Selepas SPM je,keesokkannya aku terus g cari keje..laju kan..Semangat nk kerja...Macam-macam tempat keje aku pergi apply..last2 aku dapat keje dekat satu kilang..lepasan SPM layan kilang je..hehe..aku keje kilang printing..mcm2 buku aku tgk hasil pembuatannya..sehingga la bulan keenam selepas aku di beri surat tawaran untuk sambung study di IPTA tempatan..UiTM campus Melake tapi sebelum menerima surat tawaran tu..ada satu surat lagi iaitu surat temuduga..aku pergi temuduga di UiTM Shah Alam..masa tu aku masih bekerja lagi dekat kilang tu..kilang tu area sg buloh...seminggu dua selepas interview..aku ditawarkan belajar di Melaka..Lagi seminggu nak start belajar aku behenti keje kilang..buat-buat la pergi salam semua pekerja dekat situ..boss dia India..pekerja kat situ ada la melayu tapi tak ramai,yang ramai Indian..hehe..

Ingat lagi hari pertama aku daftar di UiTM melake..rase seronok sangat tapi penat cz berjemur tengah panas pastu masuk pulak dalam dewan..pergi cari bilik di kolej masing2..penat-penat..seminggu tu memang ada minggu mesra siswa pulak..memang penat la bila mula-mula masuk UiTM ni..itu nak kene buat..ini nak kene buat...macm lembu ada tali kat hidung.. :p

Pejam celik aku sampai jugak ke semester terakhir..klu nak tahu, time belajar kat UiTM Melaka la paling seksa pada aku..yang best masa part 1 je..masuk part 2, 3, 4, 5, and 6..semua menguji diri...cz aku rase pelajar bermasalah pada masa itu..AKU LAH...menyusahkan pensyarah and koordinator sana..cian diorang..sampai Pengarah sana tolong aku..(ada satu subject aku fail,payah betul nak lulus..bebal sgt dah aku ni..huhu..malu-malu..tapi akhirnya aku grad jugak on time..tu memang kenangan pahit aku time diploma dulu...kalau nak tahu aku dapat tawaran di UiTM Melaka dengan jurusan Diploma fotografi dan pengimejan kreatif...

Selepas itu,entah mcm mne semangat aku nk sambung belajar tu ada..lagi2 ada moral support dari kawan aku sorang tu yang senasib dengan aku..Kiteorg try la apply degree di UiTM Shah Alam dalam jurusan yang sama..kawan2 yang batch aku sume sambung tapi ada la dua or tiga orang yang tak sambung...tapi aku nk jugak try kalau2 dapat sambung degree sama dangan kawan-kawan yang lain..

Time tu Dekan fakulti seni lukis dan seni reka di shah alam adalah Dr. Baharuddin, dia lah yang tolong aku dapat kan aku sambung degree..terima kasih kepada beliau...Aku masuk lewat 3 minggu dari kawan-kawan aku...degree aku bik masa 2 tahun..subject yang aku bermasalah time diploma ada lagi time degree..tapi lagi up la die pye pembelajaran..aku mula risau..takut buat hal lagi..tak lulus... Tapi aku nk bukti kan pada diri aku yang aku pn boleh berjaya...2 tahun untuk degree langsai aku jalankan..tak ada masalah..lulus dgn cemerlang la..itu pada aku tapi ramai lagi yang cemerlang..hehe...



Habis je degree..entah mcm mne..kawan-kawan aku apply sambung master pulak..itu memang tak ada dalam fikiran aku bile diri aku yang serba kekurangan ni nk apply belajar sampai ke master...Bila sebut sal rezeki di tangan ALLAH..ALLAH yang menentukan nasib setiap hambanya...aku try jugak apply master..dalam hati nk je kerje je,tak nk dah sambung..bila dah apply dapat pulak..huhu..nasib2 jugak la tak dapat tapi bila rezeki menyebelahi kita..aku di tawarkan sambung untuk ke master..master in visual communication and new media, fakulti seni lukis dan seni reka...tak sangka tapi ini lah berkat doa mak abah aku..terima kasih..jasa diorang memang tak dapat di balas...Ingat lagi..time diploma hamapir setiap minggu aku mintak duit kat mak ayah aku..seminggu dalam rm50 tak sah klu tak mintak..walaupun aku dapat PTPTN..huhu..bila masuk degree aku dah tak mintak..keluarga aku pn bukan dari keluarga senang..aku baru sedar..kenapa la aku mintak duit kat diorang..penat diorang bekerja nk dapatkan duit..sampai hati aku meminta-minta...selepas itu,time degree aku langsung dah tak mintak..aku pn dah panadai buat kerja2 sendiri..bidang aku fotografi..bila ada orang kahwin..aku lah jurugambarnya..hehe..sikit demi sedikit..sekarang aku dah lega memang kewangan untuk makan dan minum memang adalah hasil kerja-kerja aku..yang penting pada aku jangan boros...letakkan dalam hati..bukan senang nk cari duit,usaha lah sendiri kalau nk duit...

Alhamdulillah..sekarang aku dah semester kedua..master oh master..memang menyakitkan..assignment berlambak..nak tak nk kene habiskan jugak dalam tempoh setahun setengah..bila master ni,aku apply fulltime untuk coursework and research..hanya perlukan setahun setengah je..so misi aku sekarang adalah habiskan master ni walau apa-apa pn cara...Walaubagaimanapn..aku nk jugak keje yang bulan-bulan dapat gaji..bile freelance photographer ni susah sikit..hanya duit makan n minum je dapat..Aku happy dengan hidup aku sebegini..syukur kepada Tuhan atas rezeki yang Engkau berikan..

Sayu Hati Bila Dengar Lagu Ni

Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali






Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta....



..Semasa aku sedang mendengar radio THR Online, lagu ni diputarkan..macam best..penyanyi aku tak kenal pn..bile aku tgk title lagu ni terus aku search kat internet..terus download..dengar betul2 lirik die..lagi buat aku sayu je..Sebenarnya aku adalah seorang yang jiwang..lagu2 yang mcm ni memang jadi kegemaran aku..tapi aku tak la mintak hubungan aku jadi mcm ni...yang penting pada aku..aku layankan hati yang jiwang ni...

ni link die..boleh download lagu ni kepada sesiapa yang berminat nk dengar or yang jiwang2 mcm aku boleh la layan..hehe.. :)

For Lyric : http://liriktube.blogspot.com/2010/11/lirik-lagu-di-saat-aku-mencintaimu.html
For Download : http://www.4shared.com/get/Rv-N7ibj/Dadali_-_di_saat_aku_mencintai.html