
Tapi yang pastinya tanggal 16.5.2011 pada jam 800mlm aku pergi mengambil kereta aku yang sudah siap untuk diberi kepada aku..Kedai perodua di seksyen 3,sebelah giant menjadi saksinya dan SI DIA juga turut serta menyaksikan saat kegembiraan aku ini.
Dalam pada masa itu, aku pn pergi la bersama si dia untuk mengambil kereta..sampai je di luar kawasan kedai aku dah nampak sebuah kereta idaman aku..aku pn masuk ke dalam kedai dan berjumpa dgn salesman yg jual kepada aku..Dia lah terangkan apa yang patut dan apa yang tak patut..sekeliling kereta aku pusing.. :) Pada jam 900 mlm aku pn bertolak ke sg buloh dengan hati gembira sebab aku perlu hantar kereta ke rumah aku. Tak berani nak simpan kat kawasan Shah Alam..Lagi pn kawan-kawan terdekat sume tak tahu aku beli kereta..Aku tak nak heboh-heboh..Yang penting aku puas dan gembira yang aku memiliki BABY baru dari penat lelah aku sendiri..
Walaupun aku buat full loan, tapi rm1ooo jugak habis aku keluarkan..beli no. plat dah rm500... no plat sempena harijadi aku 1 julai 87 : 1787
Aku mengambil kesempatan ini bersyukur kepadaMu YA ALLAH atas peluang dan rezeki yang ENGKAU berikan..TERIMA KASIH dan ALHAMDULILLAH :)
No comments:
Post a Comment